Monday, March 28, 2011

dilema seorang anak dan seorang kakak

hidup oh hidup. tak semua orang hidup senang, murah rezeki. semua ni ketentuan-Nya. kita hanya perancang dan Dia yang menentukan. mungkin ada hikmah Dia tentukan semua itu...

dilema aku ni, sambung BELAJAR atau terus BEKERJA ?! aku punya cita-cita minumum iaitu memegang segulung Ijazah. tapi, aku bukanlah seorang anak yang berada atau kaya seperti siti nurhaliza(tetibe). aku seorang anak peneroka felda. kebun sawit ayahda aku akan ditebang dan pokok akan ditanam semula pada bulan jun ni. kalau, aku dapat mana-mana universiti sekali pun, pendaftaran + perbelanjaan pembuka semesta mesti banyak nak guna. kerajaan hanya memberi imbuhan kepada setiap peneroka rm1000 sedangkan ayahda aku kene menanggung 3 orang adik2ku yang sedang bersekolah. sorang berasrama kerajaan negeri, sorang lagi berasrama penuh kerajaan dan sorang lagi asrama dirumah ! lol . yang berasrama kerajaan negeri akan habis sekolah hujung tahun ni dan bercita-cita untuk sambung belajar pada tahun depan. aku pula nak sambung belajar pada bulan 9 ni. if, aku tak dapat universiti pon, ingat nak nak masuk kolej je. patut tak aku sambung belajar tak pikir pasal adik aku ? even, aku bakal memegang diploma, korang rasa cukup ke setakat diploma plus aku ni perempuan ? sebelum ni, abang aku dah pegang segulung diploma dan tak nak sambung belajar sebab dia nak bagi chance kat aku. aku nak buat ke kat adik aku macam mana abang buat kat aku ? arrrgghhh ~ pikir dan pikir kepala pening =_=" !

Monday, February 28, 2011

cintaku di tadika (jangan gelak)


errm, percayalah bahawasanya cinta pertama aku pada zaman tadika! aku tau ramai akan cakap "apelah, budak hingusan dah pandai cinta cintun". arrgh, ada aku kesah? entah dari mana aku belajar pasal cintun pun den tak tau. pada tahun 1995 (ha! cepat kira umor den bapo) ada lah sorang boy ni, aku memang rapat dgn dia. sweet, comel, hensem! aku pula masa tu, comel, kurus, gojes! sesuai la kan? kiteorang pegi mana2 same2. main kawen2, maen pondok2. aku suka la kawan dgn dia dan aku tau dia pon suka kat aku! waah, perasan! tapi itu h.a.k.i.k.a.t. nama dia bermula dgn Z berakhir dgn N. zainuddin?! zainon?! zaiton?! BUKAN. aku tak boleh bagitau, silap2 pembaca blog aku ni, orang yang aku nak cerita. MATI gua! mau dicanang satu kampung, keluarga aku juga malu.
pejam celik, pejam celik da hampir setahun aku 'bercinta' dgn si dia. tiba la masa untuk ke darjah satu. sebelum masuk darjah satu, tadika aku da list kan kelas mana yg bakal kami duduki. si dia ni, dapatlah kelas no 2. aku PON dapat kelas no 2, TAPI dari belakang! cett ~ cekgu sengaja pisahkan kami kan? bentak hatiku.*hoi lipas, kau bole main jauh2 tak? aku geli doe dgn kau*
lepas daftar, aku pon duduk diam2 dalam kelas. ye la, budak baik, semangat alam persekolahan jadi la budak nerd je kan. tiba2, si dia masuk ke dalam kelas ku dan memanggil ku keluar. bermulalah 'dating' kami. 

si dia: awak, awak. awak suka siapa?
aku: errr, awak kott~
si dia: awak, saya da suka orang lain. dia lawa tau awak.
aku: eh, yeke? saya pon da suka orang lain. nama dia Zul. *aku tipu je*
si dia: bagus la tu.*terus blah*

okay, aku panas. masuk kelas, TIDO!


Thursday, February 24, 2011

saya budak baru belajar

blog oh! blog. ada apa dengan blog? bestkah? seronokkah? buang masakah? apakah semua ini?! kahkahkah. apa2 pon salam perkenalan kepada semua pengunjung. boleh tak ber'aku'? bia lebih mesraaaa (bak kata Bob AF2). aku ni budak baru sesangat dalam dunia blog2 ni. ketinggalankan? sedikitlaaa. tapi bukan selama ni aku tak tau apa itu blog. tau je, tapi malas nak amek port klang  *termerepek jap!* mesti ada yang cakap dalam hati "da tu nape nak berblog pulak sekarang ni?". jawapan aku, "DEN NAK TORAI"... jangan marah yeaaa. sebenarnya, aku ni malas sikit nak mengupdate bagai, sebab aku banyak kerja2 yang menanti di dapur. sebut pasal dapur, mesti korang ingat aku ni girl kan? yeaa, 10 markah ! betul la aku girl. seorang yang agak 'comel', awek muda (semua orang yang tak kenal cakap, aku ni baru lepas SPM), suka muzik (tapi satu alat muzik pon aku tak tau main kecuali tamborain) dan easy come easy go ! hahaha *evil laugh*

pengisian blog, macam biasa PERKONGSIAN ceritera, sesi gossip, luahan hati dan macam2 lagi ! buat masa ni, entry ni je la aku rajin nak tulis. kalau rajin, aku sambung la lagi. kalau rajin la .. hahaha *dan gelak lagi*