Monday, March 28, 2011

dilema seorang anak dan seorang kakak

hidup oh hidup. tak semua orang hidup senang, murah rezeki. semua ni ketentuan-Nya. kita hanya perancang dan Dia yang menentukan. mungkin ada hikmah Dia tentukan semua itu...

dilema aku ni, sambung BELAJAR atau terus BEKERJA ?! aku punya cita-cita minumum iaitu memegang segulung Ijazah. tapi, aku bukanlah seorang anak yang berada atau kaya seperti siti nurhaliza(tetibe). aku seorang anak peneroka felda. kebun sawit ayahda aku akan ditebang dan pokok akan ditanam semula pada bulan jun ni. kalau, aku dapat mana-mana universiti sekali pun, pendaftaran + perbelanjaan pembuka semesta mesti banyak nak guna. kerajaan hanya memberi imbuhan kepada setiap peneroka rm1000 sedangkan ayahda aku kene menanggung 3 orang adik2ku yang sedang bersekolah. sorang berasrama kerajaan negeri, sorang lagi berasrama penuh kerajaan dan sorang lagi asrama dirumah ! lol . yang berasrama kerajaan negeri akan habis sekolah hujung tahun ni dan bercita-cita untuk sambung belajar pada tahun depan. aku pula nak sambung belajar pada bulan 9 ni. if, aku tak dapat universiti pon, ingat nak nak masuk kolej je. patut tak aku sambung belajar tak pikir pasal adik aku ? even, aku bakal memegang diploma, korang rasa cukup ke setakat diploma plus aku ni perempuan ? sebelum ni, abang aku dah pegang segulung diploma dan tak nak sambung belajar sebab dia nak bagi chance kat aku. aku nak buat ke kat adik aku macam mana abang buat kat aku ? arrrgghhh ~ pikir dan pikir kepala pening =_=" !